BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Monday, November 8, 2010

..:Lelaki di akhir zaman ini:..


Kuberfikir.. Lelaki di akhir zaman ini Payah untuk kutemui Yang benar-benar sibuk dengan urusan baiki diri Yang ada kini hanya Sibuk dengan urusan mengumpul dunia Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya Kuberfikir.. Lelaki di akhir zaman ini Susah untuk kutemui Yang benar-benar takut pada Ilahi Sentiasa mendambakan kasih Ilahi Yang ada hanya mengharapkan kasih insani Yang melalaikan orang dan diri sendiri Kuberfikir.. Lelaki di akhir zaman ini Sukar untuk kutemui Ahli profesional yang bertaqwa Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka Yang hidupnya lebih berat dari barat Ibadah dan amal terasa amat berat Kuberfikir.. Lelaki di akhir zaman ini Payah untuk kutemui Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat Yang sanggup bersusah dan penat Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka Kuberfikir.. Lelaki di akhir zaman ini Susah untuk kutemui Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat Syahid yang sentiasa menjadi matlamat Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat Dan melupakan kehidupan akhirat Kuberfikir.. Lelaki di akhir zaman ini Sukar untuk kutemui Yang sentiasa bermunajat dan berzikir Sentiasa bertafakkur dan berfikir Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir Namun dalam sedangku berfikir.. Terpalit satu rasa yang bermain dalam benakku.. Ku bimbang jika ciri-ciri ini juga terdapat dalam diriku..


Tuesday, June 8, 2010

Sebuah Pertemuan...


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan
Saatku kehilangan keyakinan kau nyalakan harapan
Saatku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga mekar tidak pernah layu
Damainya hati yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengaharum dalam harapan
Mogakan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Tak dapatku mengahrgai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati, seorng insan
Bernama TEMAN...

Thursday, May 6, 2010

Sunyinya Tanpa Rahmat MU ya ALLaH.....

YA ALLAH,,daku hamba MU yang lemah...
tiada daya dan upaya daku melainkan pertolonganmu Ya Allah..
sinarilah hati ku dengan cahaya UMMUL KALAM Mu,,ya ALLAH..
juga terangilah kehidupan sahabat2 ku di IMTIAZ BESUT...
sesungguhnya aku amat menyayangi mereka demi agama MU yg agung...
bantulah kami dalam berjuang di jalan MU yg benar...
kami yakin dgn syafaat AL QURAN yg kami hafaz...
ya RAFfAR,,dgn keberkatan nama MU itu..ampunkanlah segala titik2 dosa hitam yg telah kami lakukan selam bernafas di dunia ini...
ya ALLAH,,Kau limpahilah rahmat ke atas semua guru2 dan ustaz/ustazahku kami di IMTIAZ BESUT,..
mereka telah banyak berkorban dan mendidik kami ke arah kejayaan dan kebenaran...
Ya Rahman,,kurniakanlah kepada daku dan teman2 seperjuanganku dalam menghadapi PMR 2010...
kurniakanlah kami 9A yg kami idamkan selama ini secara berjemaah...
kurniakanlah juga kepada junior kami di tingkatan 2 2010 kejayaan gemilang dalam syahadah i'dadi 2010...dgn memperoleh pangkat MUMTAZ yg terbaik..
akhir sekali..berikanlah kekuatan ingatan dan kesungguhan ke dalam diri pelajar tingkatan 1 2010 dalam menghafaz AL QURAN..sesungguhnya mereka masih baru dlm bidang hafazan....
di hari jumaat 7 MEI 2010 yg mulia ini,,,makbulkanlah doa ku demi kebaikan di dunia dan di akhirat...

Thursday, April 1, 2010

MUJAHID a.k.a. CANDIDATES PMR 2010..

Salam sejahtera pembuka bicara buat tatapan semua..

2010 merupakan tahun yang mencabar bagi sume pelajar form3 SM Imtiaz Besut kerana kamilah generasi yang menjadi tunggak harapan sekolah untuk sekali lagi melonjak prestasi kecemerlangan dalam peperiksaan PMR yang akan menyusul nanti.
Thats it..
Sekarang ni OTI 1 bru je abis n the result.....???
huh...
Sepanjang 5 hari kami menghadapi OTI 1 memang menegangkan. Kawan2 sumenye tension tak sempat nk revise silibus form1 & form2. Sampaikan ade yang bawak buku rujukan time baris pagi. Ni mmg btol2 semangat nk exam tp law x bleh jawab jgk x taulah..hmm..

PMR...PMR...PMR...
Ini je yg slalu ade dlm fikiran kiteorg skunk ni.

(1)BAHASA MELAYU
Erm.. rasenye bab2 karangan InsyaAllah dah bley score cume yg kertas 1 tu ade problem skit..he2

(2)ENGLISH
Dah ramai yg dpt score subjek ni.. Yelah kan dah biase sangat ckp bahase rojak..

(3)MATHEMATICS
Ok kot..hee

(4)SCIENCE
Time blank tetap blank.. tp so far so good laa

(5)BAHASA ARAB KOMUNIKASI
Ha! This is the worst subject for majoriti la.. Rasenye da tahap KRITIKAL kut.
Msti perkemaskan lg subjek ni ngn Ustz Azizi/Ustz Hadi.

(6)PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
Sebenarnye ok je PAI tp OTI kali ni rase mgkin down skit

(7)SEJARAH
Utk subjek ni tg penting masri ingat jln crita. Law ingat sume tu, InsyaAlla..

(8)GEOGRAFI
Hmm.. Kene tingkatkan murajaah utk silibus form1 & form2 coz banyak yg dh x ingt..

(9)KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
Ramai yg anggap subjek ni susah tp x un sbnrnye klau kite faham n ingat btol2..

So..

Teruskan perjuangan di samping mengaplikasikan Al-Quran dalam kehidupan seharian agar hidup dilimpahi rahmat dari-Nya.

Thursday, March 18, 2010

Teman....!!

Nukilan ini ditujukan khas buat teman-teman seperjuanganku yang akan berjuang di medan peperiksaan PMR 2010 Genggam Gemilang Lestari Terbilang!
Hayatilah setiap perkataan yang tercoret pada setiap baris di setiap rangkap nukilan ini...;

TEMAN
Bagiku kau seorang yang sempurna
Di mata dan di jiwa
Ku berharap kau menerima diriku seadanya
Sesungguhnya diriku ini adalah insan yang lemah
Yang punya kekurangan

TEMAN
Semua kenangan bersamamu akan ku ingati
Akanku semaikan ia di hati
Akanku jadikan ia satu memori
Yang sangat indah untuk dikenangi

TEMAN
Betapa bersyukurnya diri ini
Kerana mempunyai seorang teman yang sejati
Kehilanganmu pasti direnungi
Begitulah betapa besarnya nilai
TEMAN SEJATI...

Semoga ukhwah yang terjalin antara kita ini akan sentiasa mekar diiringi limpah kurnia dan rahmat Allah S.W.T.
~strive towards excellence!!